Perkembangan di sekitar KMP sehingga jam 6:00 petang menyaksikan kenderaan waris tidak putus-putus memasuki kawasan kolej.
AJKO dan petugas-petugas telah mula bertugas seawal 10:00 pagi bagi membantu waris-waris yang mempunyai kesukaran mendapatkan penginapan di sekitar Arau. Pada jam 6:00 petang petugas telah memaklumkan bahawa 53 bilik telah dihuni oleh waris dan keadaan dipintu masuk masih tidak putus-putus dengan kehadiran waris dan keadaan ini berkemungkinan akan berterusan sehingga malam.
Keadaan di pintu masuk pada jam 6:00 petang
Gambar menunjukkan petugas sedang membantu menguruskan proses penginapan waris
Petugas sedang menyantuni waris
Petugas juga menjawab pertanyaan daripada waris
Waris berhenti untuk mendapatkan maklumat dari petugas