Sunday, May 24, 2015

PERKEMBANGAN DI SEKITAR KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

Perkembangan di sekitar KMP sehingga jam 6:00 petang menyaksikan kenderaan waris tidak putus-putus memasuki kawasan kolej.

AJKO dan petugas-petugas telah mula bertugas seawal 10:00 pagi bagi membantu waris-waris yang mempunyai kesukaran mendapatkan  penginapan di sekitar Arau. Pada jam 6:00 petang petugas telah memaklumkan bahawa 53 bilik telah dihuni oleh waris dan keadaan dipintu masuk masih tidak putus-putus dengan kehadiran waris dan keadaan ini berkemungkinan akan berterusan sehingga malam.



Keadaan di pintu masuk pada jam 6:00 petang 

Gambar menunjukkan petugas sedang membantu menguruskan proses  penginapan waris

Petugas sedang menyantuni waris

Petugas juga menjawab pertanyaan daripada waris

Waris berhenti untuk mendapatkan maklumat dari petugas